Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek kes samun diburu polis

Wajah suspek yang dikehendaki oleh pihak polis.
Wajah suspek yang dikehendaki oleh pihak polis.

KOTA KINABALU: Seorang suspek yang terlibat dengan kes samun yang berlaku di Kentucky Fried Chicken (KFC), jalan Sulaman, melibatkan seorang mangsa pada 25 Mac yang lalu berjaya ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kedai runcit tidak bernombor di Kampung Delima, Menggatal, di sini.

Mangsa telah disamun oleh suspek dan rakan suspek ketika sedang membuat tugasan dalam laptop dengan menggunakan wifi KFC pada hari kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis telah mengambil tindakan segera untuk mengesan suspek.

“Pihak polis kemudian telah berjaya menangkap salah seorang suspek yang berumur 21 tahun yang didapati positif dadah jenis syabu dan turut membuat rampasan beberapa barang kes serta beberapa helai pakaian yang digunakan semasa kejadian.”

“Kedua-dua suspek didapati telah mendekati mangsa dan meminta pemetik api sebelum menyamun bertujuan untuk melekakan mangsa,”katanya.

Seorang lagi suspek yang masih bebas kini diburu polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi balai polis yang berdekatan.

Butir-butir suspek adalah seperti berikut,Muhammad Faizal Bin Mursidi,19, dengan kad pengenalan bernombor 961119-12-5015, dan beralamat di Taman Mesra Kota Kinabalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan melakukan rompak berkumpulan atau menggunakan senjata boleh dihukum penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan