Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek kes samun bersenjatakan gunting ditangkap

7:32pm 25/07/2016 Leolerry Lajius 330 views Jenayah,Tempatan
Barang milik saspek yang dirampas pihak polis.

Barang milik saspek yang dirampas pihak polis.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan ditangkap kerana terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan sebilah gunting yang berlaku di Taman Green View Off Jalan Lintas, di sini, kelmarin.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, suami pengadu yang baru balik dari berjumpa dengan rakannya telah menyedari rumahnya telah dimasuki pencuri dan bertindak menghubungi isterinya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Suspek yang menyedari kehadiran suami pengadu telah bertindak mencekik leher dan berlaku bergelutan menyebabkan kecederaan di bibir suami pengadu.

Apabila suami pengadu berjaya melarikan diri, suspek telah naik ke tingkat 1 rumah berkenaan dan menuju ke bilik pengadu dengan menendang pintu biliknya dan terus mencekik pengadu serta mengacukan sebilah gunting berukuran lebih kurang 23 cm.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra berkata, setelah selesai mengambil barang-barang milik pengadu, saspek telah mencekik leher pengadu dan dibawa turun ke aras bawah rumah namun apabila sampai diaras bawah rumah,anggota polis telah berada ditempat kejadian dan tangkapan telah dilakukan.

“Pihak polis telah dimaklumkan oleh suami pengadu mengenai kejadian berkenaan dan telah mengarahkan pasukan ke lokasi kejadian.”

“Pihak polis telah mengarahkan saspek untuk memberikan kerjasama dan menyerah diri. Apabila saspek melepaskan pengadu, berlaku sedikit bergelutan semasa tangkapan dilakukan,”katanya sambil menambah saspek tidak mempunyai kes jenayah lampau.

Pihak polis juga telah merampas barang yang disamun oleh suspek yang bernilai RM4000.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan