Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek Kes Kemalangan Maut Tumpas Dalam Tempoh 8 Jam

7:24pm 27/11/2016 Pak Roshan 1989 views Jenayah,Mutakhir

kamalangan

Tawau : Akibat kecuaian pemandu lori, 5 sahabat yang bekerja sebagai mekanik menaiki sebuah kereta menuju ke tempat kerja mengalami kemalangan di Batu 8 Jalan Kalabakan-Tawau kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Dalam kejadian malang itu, pemandu berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Proton Iswara maut di tempat kejadian manakala 2 lagi penumpang mengalami kecederaan parah masing-masing di bahagian perut dan kepala. 2 lagi penumpang menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun melarikan diri dari tempat kejadian. Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, ASP Joan Lee dan Sarjan David tidak mengambil masa yang lama apabila suspek akhirnya berjaya diberkas di sebuah restoren di Tawau kira-kira jam 5 petang semalam. Hasil pemeriksaan lanjut pihak polis mendapati suspek tiada lesen memandu dan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

Menurut siasatan awal pihak polis, kemalangan berpunca dari pemandu lori yang cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya. Pemandu kereta yang tidak sempat mengelak lori tersebut lalu menyebabkan pertembungan dan menyebabkan lori terbabas ke arah parit di sebelah kanan jalan manakala kereta mengalami kerosakan teruk akibat impak kemalangan.

Diharapkan warga Tawau mengambil pengajaran dari kes ini agar mengamalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan