Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek Kes Bunuh TKP Kastam Direman Enam Hari

bunuhkastam

PUTRAJAYA:  Seorang suspek berusia 20 tahun ditahan reman selama enam hari mulai hari ini berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Pegawai Penyiasat DSP Hamzah Buman berkata suspek yang merupakan seorang juruteknik pendawaian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan reman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kes samun, sejak 24 Jun lalu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya.

Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di sini pada 26 April tahun lepas.

Dalam kejadian 8.15 pagi itu, dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

Komen


Berita Berkaitan