Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek kes bunuh diburuh polis

4:47pm 09/01/2016 Ann Vivien 7012 views Jenayah,Tempatan
Douglas menunjukkan wajah suspek

Douglas menunjukkan wajah suspek

KENINGAU: Polis di sini ingin mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai suspek kes bunuh seorang lelaki yang juga warga Indonesia di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kg. Bunang Sook lebih kurang 55 kilometer dari sini pada bulan Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, suspek yang dikehendaki itu dikenali sebagai Irwan Bin Sumail berdasarkan kartu  tenaga kerja luar negeri atas namanya yang dijumpai berhampiran tempat kejadian.

Katanya, pada 14 Disember lepas lebih kurang jam 7.33 malam polis menerima laporan melalui telefon daripada orang awam yang  mengatakan bahawa telah terjumpa mayat seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit Kg. Bunang Sook.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Iwan Bin Makrasan telah dijumpai mati di tempat kejadian di depan sebuah pondok di ladang berkenaan. Pemeriksaan awal mayat mangsa terdapat satu kesan tikaman lebih kurang satu sentimeter dileher kiri, satu kesan luka hiris lebih kurang tiga sentimeter dilengan kanan dan satu kesan tikaman lebih kurang satu sentimeter di belakang lengan kanan mangsa” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Jumaat.

Jelas Douglas, tempat kejadian adalah terpencil dan mayat mangsa dijumpai oleh orang kampung yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis. Siasatan lanjut terdapat kesan tompokan darah pada pintu masuk sebuah pondok berhampiran dengan mayat mangsa yang terlantar lebih kurang lima kaki dari tangga pondok tersebut dan tiada kediaman dan penghuni yang berhampiran dengan tempat kejadian serta tiada saksi yang meihat ketika kejadian berlaku manakala motif kejadian belum diketahui.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan