Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek kejadian samun di KK Plaza ditangkap

12:37pm 01/05/2016 Leolerry Lajius 718 views Jenayah,Tempatan
Barang yang dirampas pihak polis ketika operasi berkenaan.

Barang yang dirampas pihak polis ketika operasi berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang suspek yang disyaki terlibat dengan kes samun yang berlaku di tepi bangunan KK Plaza 23 April yang lalu ditahan pihak polis dalam satu operasi  di Lorong Haji Yakub, Kg. Air, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP. M. Chandra  satu laporan telah diterima dari pengadu yang mengatakan pada hari yang sama, jam lebih kurang 12.40 tengah hari  bertempat di tempat letak kereta tepi jalan menghadap bangunan KK Plaza dan Pasar Besar Kota Kinabalu, kereta pengadu telah dilarikan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Hasil siasatan awal dapati kejadian melibatkan pengadu bersama anak perempuannya berusia 1 tahun 8 bulan, berada dalam kereta jenis Nissan  warna merah tua, apabila secara tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali masuk ke dalam kereta dan terus memandu kereta tersebut.

“Pada masa kejadian enjin kereta dalam keadaan masih hidup, di mana pada ketika itu suami pengadu keluar pergi ke Pasar Besar, Kota Kinabalu untuk membeli ikan. Pengadu tidak nampak dari mana arah saspek muncul berikutan pada masa kejadian pengadu sibuk mengurus anak perempuannya yang menangis di dalam kereta.”

“Dalam kejadian tersebut, suspek telah membawa kereta bersama-sama pengadu dan anak perempuannya sehingga ke Bulatan Ikan Todak (berhampiran Hyatt Hotel), sebelum pengadu dan anaknya ditinggalkan ditepi jalan,”katanya.

Pengadu kemudiannya pergi mendapatkan suaminya dan seterusnya ke balai polis untuk membuat laporan Polis. Pengadu tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Suspek juga didapati positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dipenjarakan selama tiga bulan pada tahun 2011.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Kereta milik mangsa yang di samun oleh suspek.

Kereta milik mangsa yang di samun oleh suspek.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan