Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek Ditahan Bantu Siasatan Kegiatan Militan Disahkan Anggota TLDM

8:24pm 14/06/2014 Pak Roshan 746 views Nasional

militan

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang anggotanya yang berpangkat Laskar Kanan ditahan polis di Sandakan, Sabah semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

TLDM dalam satu kenyataan menyebut bahawa anggota yang ditahan dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman itu kini masih dalam siasatan polis.

“Anggota yang ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas 2012) itu masih dalam siasatan polis dan kes akan dikendalikan pihak polis,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas kes itu selesai disiasat pihak polis.

“Kita tidak mengetahuinya. Kita tidak memaafkan aktiviti sedemikian. Ini merupakan kes polis dan kita akan biarkan pihak polis menyiasat. Kita akan mengambil tindakan selepas siasatan mereka selesai,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata seorang daripada tiga individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak 22 April lalu.

Manakala dua lagi suspek termasuk seorang anggota TLDM yang bertugas di Sandakan ditahan kerana disyaki membantu anggota militan itu menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya.

Sumber Gambar – www.hmetro.com.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan