Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suspek Daish ditangkap ‘rakan’ sendiri

10:34am 13/10/2016 Pak Roshan 31 views Global
GAMBAR disiarkan menunjukkan Jaber ditahan lelaki senegaranya manakala kaki diikat menggunakan kabel.

GAMBAR disiarkan menunjukkan Jaber ditahan lelaki senegaranya manakala kaki diikat menggunakan kabel.

Berlin: Seorang pelarian Syria yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daish dan disyaki merancang serangan bom di Jerman berjaya ditangkap rakan senegaranya sebelum diserahkan kepada polis.

Jaber Albakr, 22, ditahan Ahad lalu di Leipzig, timur Jerman selepas tiga hari diburu polis yang dimaklumkan dia mencari sekutunya di bandar itu.

Dua pelarian Syria yang menemuinya di sebuah stesen kereta api melalui forum dalam talian mengenai tempat penginapan golongan itu mengenali wajahnya berdasarkan poster diedarkan polis sebelum mengajaknya pulang bersama mereka, mengikatnya dan menghubungi pihak berkuasa.

Dalam gambar disiarkan yang menunjukkan penangkapannya, seorang lelaki dilihat mengawalnya manakala kakinya diikat menggunakan kabel elektrik.

Dua lelaki itu kemudian duduk di atas badannya sehingga polis sampai dan membuat tangkapan rasmi.

Jaber diburu selepas polis menyerbu sebuah apartmen di bandar Chemnitz dan menemui 1.5 kilogram bahan letupan berbahaya.

Menurut satu sumber, dia membina makmal membuat bom di dalam pangsapurinya dan didakwa merancang serangan sama ada ke atas satu daripada dua lapangan terbang di Berlin atau hab pengangkutan di negeri kelahirannya di Saxony. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan