Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek curi wang mangsa MH370 dikenal pasti

curi mh370

PUTRAJAYA: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit mengeluarkan wang simpanan milik penumpang MH370 daripada akaun bank mereka.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya ia dilakukan oleh orang dalam bank berkenaan.

“Kami kini sedang memburu suspek berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat kementerian di sini, hari ini.

Seorang individu tidak dikenali memindahkan wang daripada tiga akaun mangsa MH370 kepada akaun mangsa keempat sebelum transaksi seterusnya dibuat melalui mesin ATM dan kiosk bank.

Pengeluaran membabitkan RM100,000 itu telah dilaporkan seorang pekerja bank terbabit.

Dalam perkembangan lain, Khalid dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan berlepas semula ke Amsterdam, Belanda esok bagi menyelesaikan masalah perundangan dan siasatan berkaitan nahas MH17

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kunjungan kali kedua ke Amsterdam itu menghormati perjanjian sedia ada dilakukan antara kerajaan Ukraine dan Malaysia sebelum ini selain menyelesaikan baki siasatan nahas MH17.

“Kami amat komited bagi menyelesaikan masalah perundangan berkaitan nahas berkenaan,” katanya.

 

Komen


Berita Berkaitan