Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek curi motorsikal nekad terjun ke sungai

PAPAR: Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa apabila bertindak nekad terjun ke dalam sungai bagi mengelak ditangkap oleh penduduk kampung selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motorsikal di Kampung Gadong, Kimanis dekat sini hari ini.

Berikutan tindakan nekad suspek itu, sepasukan 10 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk pasukan penyelam terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian kira-kira jam 1.20 petang tadi.

“Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat di permukaaan air dan juga penyelaman selepas menerima panggilan kecemasan dari penduduk kampung terbabit,” kata Ketua Balai Bomba Papar, Dunstan Peter di sini hari ini.

Katanya, suspek bagaimanapun dijumpai lemas pada jam 3.50 petang oleh pasukan penyelam kira-kira 300 meter dari lokasi suspek dilihat terjun ke sungai berkenaan.

Namun, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zain Zainal, 21, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

OPERASI MENCARI... Anggota bomba semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorabc lelaki yang bertindak nekad terjun ke sungai di Kimanis.
OPERASI MENCARI… Anggota bomba semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorabc lelaki yang bertindak nekad terjun ke sungai di Kimanis.

Komen


Berita Berkaitan