Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek curi lori terjatuh ketika cuba larikan diri

lori dyna
Gambar Hiasan

 

KENINGAU  –  Kelicikan seorang lelaki mencuri sebuah lori jenis Toyota Dyna, akhirnya menerima padah apabila dia terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan pada badan dan tangan ketika cuba melarikan diri.

Kejadian itu berlaku apabila pengadu yang juga pemilik lori tersebut berjaya mengesan dan seterusnya cuba mengejar suspek sehingga ke sebuah pasar raya di Pekan Keningau.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan, Douglas Taong berkata, polis berjaya menahan suspek yang berasal dari Penampang selepas menerima aduan pemilik lori itu kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati pengadu yang juga pemilik lori tersebut telah terima panggilan daripada seorang pekerjanya mengatakan lori jenis Toyota Dyna, dua tan setengah milik syarikatnya telah dicuri.

“Pengadu tersebut kemudian cuba mengesan sendiri dan mendapati lori tersebut berada di Pekan Keningau. Pengadu mengejar menggunakan kenderaannya dan apabila sampai di sebuah pasar raya di sini, mendapati suspek telah turun daripada lori dan cuba melarikan diri dan terjatuh di hadapan kereta pengadu,” katanya di sini hari ini.

Selepas itu katanya, pengadu telah menghubungi pihak polis untuk bantuan dan suspek berjaya di tangkap bersama lori yang telah di curinya. Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaaan yang boleh membawa hukuman  penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan