Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek curi lolos diri diburu polis

Salah sebuah kenderaan curi yang ditemui oleh sepasukan polis. - foto ihsan IPD Tenom
Salah sebuah kenderaan curi yang ditemui oleh sepasukan polis. – foto ihsan IPD Tenom

TENOM – Tiga buah kenderaan jenis motokar yang dipercayai hilang di kawasan pekan Inanam,  Penampang dan Kota Kinabalu akhirnya ditemui semula leh sepasukan polis peronda di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritenden Polis Mohamad Firdaus Abdulah berkata, ketiga-ketiga kenderaan itu ditemui semasa sepasukan polis peronda MPV melakukan tinjauan di jalan Tenom-Sipitang yang ternampak beberapa buah kenderaan diletak disimpang hutan simpan dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila pasukan peronda menghampiri kenderaan tersebut, tiba- tiba beberapa lelaki bertempiaran lari ke arah hutan. Seorang daripada mereka, warga tempatan berumur 26 tahun berjaya ditahan dibahagian belakang dalam salah sebuah kenderaan yang ditemui oleh pasukan peronda itu,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.

Tambah Firdaus, kesemua kenderaan yang ditemui itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom dan suspek kini dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, beberapa suspek yang berjaya meloloskan diri itu kini giat diburu polis.
Firdaus meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan