Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek Bunuh Lelaki Di Kampung Sri Menanti Diburu

PDRM1-600x404

TAWAU : Polis sedang mengesan suspek kes bunuh seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan setinggan Kampung Sri Menanti berdekatan Lapangan Terbang Lama Tawau pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek seorang lelaki, berumur 30 tahun dan berbangsa Bugis Mandar disyaki menikam mangsa, 30, di dada kiri kira-kira 8.50 malam.

“Suspek yang tingginya lebih kurang 5 kaki 2 inci, berkulit sawo matang, mempunyai tatu di kedua-dua tangan, betis (corak kepala manusia) dan paha kanan,” katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurutnya suspek dan mangsa dipercayai merupakan jiran sekampung dan motif kejadian masih belum diketahui.

“Polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam yang memaklumkan suspek mencari mangsa dan telah pergi ke rumahnya. Mangsa kemudian melarikan diri ke sebuah rumah sebelum rebah dan meninggal dunia,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan awal di tempat kejadian, Fadil berkata terdapat kesan darah pada dinding rumah namun tiada sebarang senjata ditemui.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan