Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suspek bom India dihantar pulang

GURMEET Singh (berbaju merah) ketika ditangkap 5 Januari lalu.
GURMEET Singh (berbaju merah) ketika ditangkap 5 Januari lalu.

Bangkok: Pihak berkuasa Thai mengekstradisi lelaki yang didakwa terlibat dalam serangan bom di India dua dekad lalu walaupun kumpulan hak asasi manusia bimbang dia akan didera oleh negara asalnya.

Gurmeet Singh ialah seorang daripada enam militan Sikh yang didapati bersalah berkait dengan serangan pada 1995 yang menyebabkan 18 orang , termasuk ketua menteri Punjab ketika itu, terbunuh.

Dia melarikan diri dari sebuah penjara kawalan ketat di India pada 2004 sebelum dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2007 tanpa kehadirannya.

Gurmeet memasuki Thailand pada Oktober lalu dan ditahan oleh polis Thai pada 5 Januari.

Pihak polis Thailand meminta kebenaran Mahkamah Agung negara itu untuk mengekstradisi Gurmeet ke India dan memperoleh kebenaran itu Selasa lalu.

“Dia dihantar pulang semalam (kelmarin) jam 8.30 malam selepas mendapat kebenaran mahkamah. Ia mengikut prosedur kehakiman,” kata jurucakap polis Thai, Prawut Thawonrsiri.

Kumpulan hak asasi manusia semalam menyelar tindakan itu dengan berkata, Gurmeet akan didera oleh pihak berkuasa India.

Ketua menteri Punjab ketika itu, Beant Singh, menjadi sasaran serangan 1995 berkenaan selepas dia mengetuai kempen memerangi pergerakan Sikh yang berusaha mendapatkan kemerdekaan wilayah berkenaan sejak menjadi ketua menteri pada 1992. -AFP

Komen


Berita Berkaitan