Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Susi sekali lagi beri petunjuk lepas jawatan

8:42am 03/11/2015 Pak Roshan 9 views Global
SUSI

SUSI

Jakarta: Dalam beberapa tinjauan pendapat yang dijalankan sebelum ini mendapati Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti menteri paling popular dalam kerajaan.

Bagaimanapun, Susi sekali lagi memberi petunjuk bahawa dia mungkin berundur dari Kabinet Presiden Joko Widodo (Jokowi) tidak lama lagi.

“Hari ini saya sangat gembira. Ketua Setiausaha kementerian dan pengarah serta kakitangan semuanya menunjukkan keazaman yang luar biasa.

“Saya pasti saya tidak perlu lama di kementerian ini. Saya melihat semangat dan integriti semua kakitangan dan ini asas yang paling penting,” katanya.

Susi berkata demikian dalam satu majlis bagi meraikan ulang tahun pertamanya di kementerian itu Jumaat lalu.

Dalam majlis itu Susi meminta wartawan yang mempunyai soalan mengenai isu maritim dan perikanan supaya berhubung dengan pengarah dan bukannya lagi dengan beliau.

“Kementerian ini bukan hanya ada Susi. Wartawan mesti sanggup berhubung dan ‘mengganggu’ pengarah bukan dengan saya sahaja.

“Saya mungkin tidak ada di sini dalam tempoh satu atau dua bulan lagi,” katanya.

Ketika desas-desus mengenai penilaian Kabinet Jokowi, Susi sebelum ini sering memberitahu beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan