Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Surirumah mengaku tidak bersalah memiliki dadah

suri rumah

KOTA KINABALU: Seorang surirumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat dengan tiga tuduhan mengedar dan memiliki dadah.

 

Finsensia Paulin Kolin, 32, menghadapi pertuduhan mengedar dadah jenis Syabu seberat 50.80 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Madsiang Penampang pada 14 Julai jam 6.20 petang.

 

Tuduhan pertama ini didakwa di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952 .

 

Surirumah itu itu juga dituduh memiliki 1.76gram kanabis pada waktu dan di premis yang sama dan didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Tertuduh yang diwakili oleh Peguam P.J Perira juga dituduh melakukan kesalahan ketiga dengan memiliki 0.82 gram dadah jenis Syabu di premis yang sama pada 15 Julai, 2014 pada jam 3.45petang.

 

Kesalahan ketiga ini didakwa di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Mrbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000.00 atau penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Tiada pengakuan bersalah direkodkan dari tertuduh dan Majistret Rayner Jr menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes.

 

Tertuduh direman sementara menunggu tarikh sebutan semula kes tersebut.

Komen


Berita Berkaitan