Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suri rumah lebam dibelasah penyamun

7:06pm 01/12/2016 Pak Roshan 1386 views Jenayah,Mutakhir
M Chandra

M Chandra

KOTA KINABALU: Seorang suri rumah cedera selepas dipercayai dibelasah tiga lelaki yang menyamunnya di kawasan tempat letak kererta parkir di Damai Plaza, Luyang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, wanita berusia 62 tahun terbabit mengalami lebam pada mata dan lengan kirinya, selain sakit di seluruh badan akibat dipukul tiga penyamun berkenaan.

Berikutan kejadian itu, mangsa kerugian kira-kira RM500 selepas suspek merampas wang tunai RM150, sebuah telefon bimbit dan dua kad mesin juruwang automatik (ATM).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian samun itu selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 12.21 tengah malam tadi.

“Mangsa memaklumkan dia ditumbuk dan dipukul tiga lelaki terbabit menggunakan tangan sehingga mengalami kecederaan termasuk lebam pada mata dan lengan kirinya.

“Setakat ini, tiga suspek belum dikenal pasti namun polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyelesaikan kes ini dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Chandra berkata, pihaknya mempertingkatkan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak meletak kenderaan di kawasan terpencil atau gelap terutama pada waktu malam.

“Selain itu, elakkan juga bergerak secara sendirian kerana ia bukan saja untuk keselamatan diri, malah membantu sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini,” katanya.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan