Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suri Rumah Ketagih Judi Bingo Tanggung Hutang RM246,398

bingo

MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan lima kad kredit melebihi had selepas ketagih bermain judi bingo secara dalam talian ketika dia bercuti sakit.

Kelly Nield, 32 memberitahu, dia berjudi selama lapan jam pada setiap hari dan menghabiskan semua wang simpanan bersama teman lelakinya.

“Ia seperti kitaran yang ganas kerana jika menang, kita mahu bermain lagi untuk mendapat lebih banyak wang. Namun, kita tetap mahu bermain lagi selepas kalah untuk mendapatkan kembali wang tersebut,” ujar ibu kepada seorang anak itu.

Ketagihan Nield bertambah teruk apabila dia pernah terfikir untuk membunuh diri dan mencederakan anggota badannya ketika dalam usaha untuk berubah.

Dia mula bermain bingo ketika menonton rancangan The Jeremy Kyle sewaktu bercuti sakit dari kerjanya sebagai pengasuh kanak-kanak pada 2012.

– AGENSI

Komen


Berita Berkaitan