Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Suri rumah diperdaya harga `murah’

Douglas (tengah) mengagih-agihkan risalah keselamtan kepada salah seorang pengunjung di bazar Ramadan. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Douglas (tengah) mengagihkan risalah keselamatan kepada pengunjung. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Sebanyak 16 kes penipuan jual beli barang menerusi Internet melibatkan para pelajar kolej dan universiti, kakitangan kerajaan serta suri rumah di daerah ini dilaporkan bagi tempoh Julai 2014 sehingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, kes tersebut itu mencatatkan kira-kira RM33,000 nilai kerugian yang telah direkodkan dengan kes terbaharu pada 19 Julai lalu melibatkan seorang suri rumah berumur 24 tahun.

“Mangsa kerugian RM6, 900 akibat terpedaya dengan tawaran harga murah sebuah telefon bimbit dalam laman sosial Facebook dan memasukkan sejumlah wang yang diminta dalam akaun suspek dan dalam tempoh dua minggu setelah memasukkan ke akaun, suspek gagal dihubungi,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kes penipuan jual beli barang dalam Internet.

Sehubungan itu, Douglas menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan pelbagai tawaran murah dalam laman sosial. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan