Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Surat sekolah berhubung kes cubaan culik jadi viral

 

Surat yang berkenaan
Surat yang berkenaan

TAWAU: Sepucuk surat yang dikatakan dikeluarkan sebuah sekolah rendah di sini berhubung satu kes cubaan culik seorang murid Tahun Dua kini menjadi viral di media-media sosial.

Surat berkenaan dialamatkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Wakuba Tawau yang meminta mereka supaya memantau keselamatan anak semasa tiba dan balik dari sekolah.

Perkara itu adalah merujuk kepada satu kejadian cubaan culik yang didakwa berlaku pada 4 November 2015 pada jam 1.30 petang iaitu selepas waktu persekolahan yang menyebut murid Tahun Dua bernama Mohammad Arifuddin b. Ibrahim hampir diculik oleh penculik yang memandu van berwarna putih.

Sehubungan itu, surat berkenaan yang ditandatangani Guru Besar SK Wakuba menyarankan agar ibu bapa dan penjaga murid yang anaknya datang ke sekolah berjalan kaki supaya menghantar dan mengambil anak mereka sendiri di sekolah.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superitendan Mustaffa Maarof Mustaffa mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam atau sekolah berhubung insiden atau surat tersebut yang kini viral di WhatsApp, Facebook dan WeChat.-Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan