Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Surat JKM tidak diterima pakai sebagai surat kewarganegaraan

6:39pm 04/03/2016 Leolerry Lajius 7260 views Tempatan
Penduduk kampung bersama anggota polis ketika program tersebut.

Penduduk kampung bersama anggota polis ketika program tersebut.

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan program PDRM bersama pelanggan yang diadakan di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, kelmarin.

Program yang diketuai oleh DSP. Hjh. Kalsom Binti Hj. Idris bersama 12 orang pegawai yang lain dan seramai 37 anggota itu dihadiri seramai 200 orang penduduk.

Ketika program tersebut beberapa isu telah dikemukakan oleh penduduk kampung untuk meminta penyelesaian yang sewajarnya iaitu, berkaitan dengan ujian urine jika berlaku tangkapan iaitu semua tangkapan terpaksa dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk melakukan ujian dan penduduk kampung juga berharap agar pihak polis membuat perancangan yang lebih rapi untuk menyelesaikan masalah dadah di kawasan tersebut.

Isu penduduk yang membuang sampah di merata-rata tempat juga dibangkitkan dan penduduk juga meminta kepastian samaada surat Jabatan Ketua Menteri (JKM) boleh digunapakai sebagai surat warganegara atau tidak memandangkan sebilangan penduduk hanya mempunyai  surat JKM.

Berdasarkan kepada isu yang telah dibangkitkan tersebut pihak polis telah memberikan penerangan bahawa proses untuk mengambil ujian urine perlu melalui beberapa prosuder yang telah ditetapkan oleh pihak polis dan memaklumkan kepada penduduk agar membuat gotong royong di peringkat kampung untuk membersihkan kawasan persekitaran.

Bagi isu surat JKM, penduduk telah dimaklumkan bahawa ia tidak diterima pakai sebagai surat kewarganegaraan oleh pihak Imigresen.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan