Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘SUPERMAN’ MENDARAT ATAS JALAN

KEADAAN teksi dan remaja yang terbabit dalam kemalangan.
KEADAAN teksi dan remaja yang terbabit dalam kemalangan.

GEORGETOWN: Aksi berani dua remaja menunggang motosikal secara melawan arus memakan

diri sendiri selepas kedua-duanya patah kaki dan tangan melanggar sebuah teksi dalam kejadian di

Jalan Perusahaan Perai di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam penunggang motosikal yang berusia 16 tahun patah

kaki manakala rakannya berusia 15 tahun yang membonceng patah tangan sebelum dikejarkan ke

hospital oleh ambulans.

Kedua-dua mereka dikatakan tidak menyedari kehadiran teksi berkenaan dan melanggarnya

menyebabkan mereka tercampak ke atas jalan sebelum dibantu anggota polis.

Menurut sumber, kedua-dua remaja itu pada mulanya dilihat menunggang motosikal dalam

keadaan mencurigakan dan mereka cuba meloloskan diri bagi mengelak daripada ditahan dua

anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang ketika itu sedang melakukan rondaan.

“Bagaimanapun, kerana takut ditahan mereka terus memecut motosikal membuatkan anggota

URB yang mengesyaki sesuatu mengejar dua remaja berkenaan.

“Mereka yang terlalu takut ditahan kemudian cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal,

melawan arus kerana percaya dapat meloloskan diri daripada ditahan,” katanya.

Sumber berkata, dua anggota polis berkenaan beberapa kali meminta mereka memberhentikan

motosikal namun dua remaja itu masih berdegil dan terus memecut laju tanpa menghiraukan

amaran diberi.

Sumber berkata, tindakan itu bagaimanapun memakan diri sendiri apabila mereka tidak sempat

melihat teksi yang kebetulan menggunakan jalan terbabit dan merempuh kenderaan itu.

“Difahamkan mereka menunggang dengan laju kerana terlalu risau ditahan polis dan siasatan awal

mendapati remaja berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.

“Selain itu, siasatan juga mendapati motosikal yang digunakan remaja terbabit adalah milik

abangnya dan diambil tanpa pengetahuan ahli keluarga,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan