Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suntikan semangat hari media

11:06pm 20/11/2015 Leolerry Lajius 70 views Tempatan

LABUAN: Penganjuran  Hari Media bersama kementerian pertahanan dan Tentera Udara Malaysia(TUDM) sempena Ex-Paradise 2015 bermula pada 19 hingga 20 November di Labuan memberikan pengalaman yang amat berharga bagi pengamal media yang menyertai program ini.

Menurut Ronie Ajim wakil media dari Radio Television Malaysia(RTM) Labuan, program ini sangat berguna untuk pengamal media  sebagai penghubung antara pihak TUDM dengan masyarakat agar maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak TUDM difahami oleh masyarakat.

“Latihan Eksesais TUDM memberi peluang kepada media untuk merasai suasana kerja TUDM dan memberi pendedahan ilmu kepada media sebagai bekalan untuk diterjermahkan dalam bentuk penulisan  atau siaran kepada umum,”katanya.

Menurut seorang lagi penerbit rancangan television di RTM Kota Kinabalu Adelia Haryani, program ini telah memberikan peluang kepada pengamal media untuk melihat gambaran sebenar mengenai peranan TUDM untuk menjaga ruang angkasa negara.

“Program ini memberikan suntingan semangat kepada saya untuk terus menjadi salah seorang pengamal media agar memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat,”katanya.

Program yang diadakan selama dua hari bermula pada 19 hingga 20 November di Labuan itu, mendapat penyertaan oleh pengamal media pelbagai agensi dari seluruh negara. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pengamal media bersama TUDM.

Pengamal media bersama TUDM.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan