Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sunner Wifi dilancarkan di KKIA

8:12pm 13/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 684 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan
Fatimah (tengah) bersama Y.S.Lee (dua dari kanan), Gary Cha (kiri), Raymond Goh (dua dari kiri) dan Wilson Bong (kanan) memotong riben melancarkan Sunner Wifi Hotspot di KKIA.

Fatimah (tengah) bersama Y.S.Lee (dua dari kanan), Gary Cha (kiri), Raymond Goh (dua dari kiri) dan Wilson Bong (kanan) memotong riben melancarkan Sunner Wifi Hotspot di KKIA.

KOTA KINABALU- Sunner Wifi telah dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan lapan mesin (kios) yang ditempatkan di seluruh lapangan terbang itu.

Kios yang menawarkan wifi hotspot berkelajuan tinggi pada kadar RM1.00 untuk 30 minit merupakan yang termurah dan yang pertama di negara ini.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata dengan adanya Kios wifi hotspot di KKIA itu akan memberi kemudahan kepada pengguna terutama para pelancong dari dalam dan luar negara.

“Kita sedia maklum, Sabah menerima kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negara terutama pelancong dari China, Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain.

“Dengan adanya kios yang diperkenalkan oleh Sunner Group International Berhad menawarkan hotsport wifi berkelajuan tinggi, akan memudahan pelancong dan pengguna berkomunikasi terutama berkongsi gambar-gambar tempat menarik yang mereka lawati, gambar bersama keluarga dan sahabat handai dan lain-lain”, tambahnya.

Beliau berkata demikiam ketika melancarkan Kios Wifi Hotspot Sunner di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sunner, Y.S.Lee, Pengurus Cawangan Kota Kinabalu, Gary Cha da n Pengurus Jualan (Sales Manager), Wilson Bong dan Varien Chia dan CEO BSM Vacation Marketing Sdn.Bhd, Raymond Goh.

Menurut Lee, Sunner merupakan syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan kiosk wifi hotspot dan ianya telah dipasang di hampir seluruh bandar utama di negara ini.

Sementara itu Gary berkata, Sunner akan menyediakan lebih banyak kiosk hotspot di Sabah dengan tumpuan di pusat-pusat membeli belah, institusi pengajian tinggi swasta dan awam dan bangunan-bangunan kerajaan.

Katanya, mesin wifi hotspot itu mudah digunakan dan pengguna hanya menyentuhkan telefon pintar atau tab ditempat sentuhan khas dan ia akan menyambungkan terus ke Sunner wifi.

“Pengguna boleh menyemak baki duit mereka dan bagi baki masa yang tidak habis dipakai, ianya boleh dibawa ke hadapan dan boleh digunakan pada bila-bila masa di tempat awam yang mempunyai kios Sunner Wifi”, jelasnya. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan