Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“Sunday Family Ride” platform mengeratkan silaturahim

3:39pm 03/01/2016 Leolerry Lajius 63 views Tempatan
Datuk Jainab melepaskan peserta yang mengikuti program tersebut.

Datuk Jainab melepaskan peserta yang mengikuti program tersebut.

KOTA KINABALU: Program “Sunday Family Ride” yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas disambut meriah dengan penyertaan dari masyarakat setempat.

Program tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid.

Menurut beliau, penganjuran program seumpama ini merupakan platform yang mampu mendidik masyarakat dengan kepentingan penjagaan kesihatan disamping dapat mengeratkan silaturahim.

“Saya berharap agar program ini akan memberikan ruang untuk beriadah dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Turut hadir dalam semasa pelancaran tersebut adalah, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Suzanah Liaw dan Ketua Penolong Pengarah KPMHEP, Noraini Shafie.

Program tersebut dihoskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah dengan kerjasama agensi kerajaan dan NGO.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan