Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbat itik dalam mulut pencuri

itikk

Guangxi (China): Dua remaja yang ditangkap mencuri itik di sebuah kampung di sini dipaksa

melutut dan mulut mereka disumbat dengan haiwan itu oleh penduduk tempatan sebagai cara

menghukum mereka.

Selepas menyedari apa yang dilakukan remaja itu, sekumpulan penduduk kampung enggan

memanggil polis, sebaliknya bertindak mengajar pencuri terbabit.

Mulanya mereka memaksa remaja itu, kedua-duanya berusia 14 tahun, untuk memohon maaf

dengan melutut di tepi jalan dengan itik disumbat pada mulut mereka Seorang penduduk yang

begitu marah, mengikat kaki dua lagi itik untuk setiap remaja itu dan menggantungnya pada leher

mereka.

Penduduk menyifatkan remaja terbabit sebagai pemalas yang hanya menghabiskan masa minum

arak dan merokok. Mereka juga didakwa sering mencuri. bagi menampung hidup mereka.

Gambar tindakan penduduk kampung itu tersebar di media sosial China semalam.

Komen


Berita Berkaitan