Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan zakat individu, perniagaan di Sabah meningkat

Nasir Sakaran (tengah) menyampaikan replika cek Zakat Perniagaan Sedco kepada Suhaili Said (empat kanan) di Wisma Sedco. - foto Arshad Hussin (Sedco)
Nasir Sakaran (tengah) menyampaikan replika cek Zakat Perniagaan Sedco kepada Suhaili Said (empat kanan) di Wisma Sedco. – foto Arshad Hussin (Sedco)

KOTA KINABALU – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) terus memainkan peranannya bagi mendepani pelbagai cabaran membangunkan sumber ekonomi negeri menerusi pelbagai aktiviti perniagaan.

Walau bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Nasir Sakaran berkata, Sedco sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan memerlukan sokongan pelbagai pihak dalam menjayakan hasratnya membantu meningkatkan sumber ekonomi negeri ini.

“Kita tidak lari daripada pelbagai cabaran yang dihadapi, tetapi apa yang penting ialah kita kerja secara berpasukan bagi memastikan semua tugas dapat dipikul bersama dan apa yang berat itu boleh menjadi ringan,” katanya dalam majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Sedco kepada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) di Wisma Sedco, Kota Kinabalu.

Dalam majlis itu, Nasir menyerahkan zakat perniagaan Sedco bagi tahun akhir 2013 berjumlah RM200,000 kepada MUIS yang diwakili Pengerusinya, Datuk Suhaili Said. Sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab pihaknya dalam menjalankan perniagaan mengikut tuntutan Islam.

Sementara itu, Suhaili berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat persendirian di negeri ini dilihat semakin meningkat tahap kesedaran mereka kepada tanggungjawab dalam menunaikan zakat.

“Zakat merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan umat Islam bagi membantu golongan asnaf. Justeru, kesedaran seperti ini perlu dipertingkatkan dalam menggalakkan lebih ramai yang menunaikan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

“Alhamdulillah, sumbangan zakat di negeri ini semakin meningkat bukan sahaja daripada zakat-zakat yang wajib secara individu tapi juga melalui zakat perniagaan ini,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan