Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sumbangan veteran tentera harus diiktiraf

10:52pm 10/09/2016 Leolerry Lajius 14 views Tawau,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan

TAWAU: Kerajaan dan individu di negara ini harus terus mengiktiraf serta menghargai sumbangan veteran tentera khususnya dalam pembangunan negara.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, peranan golongan veteran tentera dalam pembangunan negara amatlah signifikan.

Justeru, katanya, golongan ini hendaklah sentiasa diberikan peluang dan ruang dalam sesebuah organisasi terutama dalam bidang pentadbiran pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan.

“ Golongan veteran tentera ini merupakan lambang kepada kedaulatan negara dan merupakan contoh dan teladan yang baik kepada golongan muda di negara ini,” katanya semasa merasmikan Persidangan Tahunan Veteran Tentera ke-26 anjuran Persatuan Veteran Tentera Cawangan Tawau di Dewan KD Sri Tawau di sini.

Menurutnya, keperluan dan kebajikan veteran tentera sebagai tunggak pertahanan negara suatu ketika dahulu harus terus diberikan perhatian.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) telah membuktikan golongan veteran tentera telah diberikan perhatian sewajarnya dengan pelbagai kemudahan.

Sehubungan itu, Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas berkata, bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan ini marilah kita bersamasama terus mengukuhkan iltizam untuk menanamkan semangat patriotik yang tinggi dengan mengambil pengajaran daripada pengorbanan veteran tentera.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Veteran Tentera Sabah, Zaman Bayang dan Pengerusi Veteran Tentera Cawangan Tawau, Bakri Jamal./SayangSabah

Tawfiq ketika menyampaikan ucapan sempena program berkenaan.

Tawfiq ketika menyampaikan ucapan sempena program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan