Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kampung Likas

JAINAB1

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid telah  menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di jalan Kurol Melangi, Kampung Likas.

Menurut Jainab, sebanyak RM3,000 telah disumbangkan iaitu bantuan masing-masing RM500 untuk keperluan memasak dan barangan dapur serta RM2,000 untuk membeli barangan peralatan membuat rumah.

“Saya berharap dengan adanya sumbangan ini, bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa akan dapat dikurangkan,” katanya.

Dua buah keluarga yang melibatkan 16 ahli keluarga terbabit dalam kejadian kebakaran itu pada 15 Disembar yang lalu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan