Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan tradisi bulan Ramadhan

 Musa (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM1,000 kepada jawatankuasa Masjid At-Taqwa, Taman Merpati.
Musa (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM1,000 kepada jawatankuasa Masjid
At-Taqwa, Taman Merpati.

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, aktiviti penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, ibu tunggal serta anak yatim merupakan amalan tradisi kerajaan sedia ada sepanjang bulan Ramadhan.

Menurut beliau, amalan itu yang dilaksanakan sejak sekian lama oleh kepimpinan kerajaan bertujuan memastikan rakyat yang memerlukan bantuan mendapat pembelaan sewajarnya. Katanya, penyaluran bantuan itu juga demi mengurangkan beban rakyat sepanjang Ramadhan disamping membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Majlis Iftar Ramadhan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sandakan di Masjid At-Taqwa Taman Merpati, Sandakan. Hadir sama, embantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Haji Ajirol; Pengarah JASA, Ustaz Manaf Haji Lakariba dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

Dalam pada itu, Musa yang juga Wakil Rakyat Sungai Sibuga berkata, penglibatan rakyat bersama-sama kerajaan dalam memupuk semangat kerjasama juga penting ke arah merealisasikan setiap perancangan pembangunan kerajaan. Ini kerana katanya, sokongan dan kerjasama padu boleh memperlihatkan hasil yang mampu memberi manfaat baik kepada rakyat itu sendiri.

Bagaimanapun, kerjasama dilakukan harus disusuli dengan semangat perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum dan agama agar usaha pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan. Pada majlis itu, seramai 305 golongan asnaf menerima sumbangan daripada Parlimen Libaran sementara 20 lagi menerima sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah.-AA/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan