Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sumbangan RM2.2 juta TH beri manfaat lebih 4,000 asnaf

10:03am 16/06/2016 Leolerry Lajius 34 views Tempatan
Nurlaila menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin

Nurlaila menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 160 orang asnaf fakir miskin seluruh negeri Sabah, menerima sumbangan bernilai RM80,000 daripada Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah program tanggungjawab korporat tahunannya iaitu Program Ehsan TH tahun ini.

Sumbangan zakat sempena bulan ramadan kepada penerima terpilih ini telah disempurnakan oleh Pengarah TH Negeri Sabah Datin Hajah Nurlaila Said, dengan setiap penerima menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500.00.

Program Ehsan yang dilaksanakan pada bulan ramadan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu bapa tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain Program Ehsan, TH turut melaksanakan program-program tanggungjawab korporat seperti Program Mobiliti yang memberikan sumbangan berbentuk kenderaan dwi fungsi untuk kegunaan masjid-masjid terpilih, Program Baiti, dan Program Iqra’ di seluruh negara.

TH melalui siri jelajah Program Ehsannya mensasarkan sumbangan berjumlah RM2.2 juta kepada seramai 4,408 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG_8105

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan