Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan RM150,000 buat Tabung Kemanusiaan

duta palestin

KOTA KINABALU: Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima menerima sumbangan RM150,000 masing-masing disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, di sini, hari ini.

Dalam majlis diadakan sempena rumah terbuka Abdul Rahman itu, semua sumbangan diserahkan sendiri kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia Dr Anwar H al-Agha.

Musa menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Yayasan al-Aman manakala Abdul Rahman menyerahkan replika cek bernilai RM50,000 melalui Tabung Kebajikan Keluarga Datuk Haji Dahlan Harun (DHDH).

Terdahulu, Dr Anwar berkata, pihaknya terharu dengan keprihatinan ditunjukkan rakyat negeri ini.

“Rakyat Palestin sudah mengalami kengsaraan sejak 66 tahun lalu dan bantuan antarabangsa terutama dari pemimpin negara ini sangat dialukan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan