Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan media diiktiraf masyarakat

Sandakan : Profesion kewartawanan kini bukan sahaja semakin difahami, malah semakin diminati dan diiktiraf oleh seluruh anggota masyarakat.

Bagi Ketua Wanita Parti Gerakan Silam Ketua Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Silam, Marlina Macpee, 41, sejak pengalamannya berkecimpung dalam dunia media sejak 1 Oktober 1997, dijadikan bekalan serta asas dalam melaksanakan jawatan yang disandangnya.

Malah, ibu kepada tiga cahaya mata itu sehingga kini masih lagi meneruskan minatnya sebagai wartawan sambilan bagi akhbar tempatan, New Sabah Times.

“Pengetahuan, kemahiran, disiplin serta budaya kerja dalam dunia kewartawanan itu masih saya amalkan terutama ketika berjumpa dengan masyarakat akar umbi di kawasan.

“Bagaimanapun, sebagai muka baharu, saya tetap menghormati pemimpin-pemimpin senior dan sedang menimba ilmu daripada mereka,” ujarnya.

Ketika ditemui pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang serta Pingat Kebesaran Negeri di Dewan Sri Libaran, baru-baru ini, dia dikurniakan Pingat Perkhidmatan Terpuji (S.K) oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin.

“Syukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya sumbangan kami dalam susah dan senang sewaktu membuat liputan mendapat pengiktirafan,” katanya yang fasih berbahasa Cina dan mula bergerak aktif dalam politik pada September 2015.

Rakannya, wartawan sambilan akhbar nasional Berita Harian, Sante Villiamon, 45, yang kini menyandang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Batu Sapi turut dikurniakan Bintang Kinabalu (B.K).

“Alhamdulillah, mungkin orang dah kenal kita. Sudah 18 tahun ke hulu ke hilir membuat liputan jadi bila kita duduk diam-diam menjual pisang goreng pun masih ada juga orang yang jemput sertai persatuan, kelab, majlis mereka.

“Ini membuktikan kerjaya wartawan itu diterima baik dan diyakini oleh masyarakat kerana kita adalah pelapor kepada berita semasa yang sangat mereka perlukan,” kongsinya dengan bangga./Penerangan-

Sante (dua dari kiri) dan Marlina (dua dari kanan) bergambar bersama Setiausaha Perhubungan Istana Negeri, Mohd Rashid Tahir serta rakan-rakan media di Sandakan.

Komen


Berita Berkaitan