Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sumbangan kewangan untuk membaikpulih gereja

6:50pm 20/12/2015 Ann Vivien 65 views Isu Semasa,Tempatan
Raime menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang ketua gereja.

Raime menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang ketua gereja.

TENOM: Sebanyak RM350,000 di salurkan kepada badan kegamaan Kristian di daerah ini untuk membaikpulih gereja-gereja di daerah ini untuk tahun depan.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, pada tahun sebelumnya,beliau memperuntukkan RM300,000 untuk tujuan yang sama.

Tetapi katanya, memandangkan badan kegamaan Kristian di daerah ini memohon tambahan maka peruntukan itu ditambah RM50,000 lagi bagi menampung pembaikan dan penyelanggaraan bangunan-bangunan gereja di daerah ini.

“Inilah kepritahinan kita di kawasan ini, kita bukan sahaja membantu badan keagamaan Islam tetapi juga badan keagamaan yang lain” katanya semasa berucap menyempurnakan  Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Gereja-Gereja Kawasan Parlimen Tenom di Dewan Besar  SJK Chung Hwa di sini pada Sabtu.

Katanya, penambahan bantuan kewangan berkenaan adalah keperihatinan pihak kerajaan terhadap kebajikan badan keagamaan yang ada di negara ini selaras dengan slogan 1Malaysia.  Pada majlis itu, sebanyak  123 badan gereja pelbagai aliran di kawasan Parlimen Tenom masing-masing menerima bantuan kewangan persiapan sambutan perayaan hari natal tahun ini berjumlah RM300 dan RM500 kepada gereja yang besar.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan