Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sumbangan kepada waris mangsa rentung

Datuk Jainab menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa

Datuk Jainab menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa

BEAUFORT: Pihak keluarga Allahyarhamah Fazilah Onong di Beaufort menerima sumbangan daripada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid hari ni.

Sumbangan tersebut adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh waris mangsa yang rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran 4 November lalu dalam kejadian di Kampung Pulai Manang Beaufort yang turut menyebabkan empat yang lain melecur.

“Saya berharap keluarga mangsa sabar menerima ujian kehilangan orang yang tersayang dan berharap dengan adanya sedikit bantuan ini  akan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga waris,”katanya.

Turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan