Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan Hakka bantu pembangunan negeri dihargai

PicsArt_1438478745829
Raymond Tan bersama pemimpin negeri dan Persatuan Hakka memotong kek sebagai simbolik perasmian Majlis Makan Malam persatuan itu, semalam. – Foto Alexion Mairin / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan menghargai sumbangan dan sokongan Persatuan Hakka dalam membantu usaha kerajaan meningkatkan pembangunan di negeri ini khususnya dari aspek sosio-ekonomi.

Beliau berkata, selain itu kerajaan juga berterima kasih ke atas komitmen yang dipamerkan oleh persatuan itu dalam memastikan para pelajar mendapat kemudahan pendidikan yang berkualiti.

“Penubuhan Sekolah Menengah Tshung Tsin dan Institut Sinaran menunjukkan komitmen persatuan itu meningkatkan taraf dan kualiti pendidikan untuk rakyat di negeri ini,” katanya.

Musa berkata demikian dalam teks ucapan sempena Majlis Makan Malam Persatuan Hakka yang diadakan di Dewan Hakka, Tanjung Lipat di sini malam tadi. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Sementara itu, Musa turut memuji barisan pengurusan persatuan tersebut dalam memastikan kebajikan para ahli sentisa terjaga dan terjamin dengan menyediakan bantuan sewajarnya kepada ahli yang memerlukan.

“Ini salah satu tanggungjawab sosial yang perlu dijadikan contoh oleh persatuan dan pertubuhan lain dalam menjaga kebajikan ahli masing-masing,” katanya lagi sambil menyeru masyarakat Hakka supaya terus berdiri teguh menyokong Kerajaan.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan