Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan dari BN

Chin bersama jawatankuasa LDP Sandakan dan sebahagian penerima sumbangan.
Chin ( kiri) bersama jawatankuasa LDP Sandakan dan sebahagian penerima sumbangan.

SANDAKAN: Seramai 200 orang terdiri balu, warga emas dan ibu tunggal dari kawasan DUN Elopura telah menerima sumbangan daripada Barisan Nasional (BN) Parlimen Sandakan dalam satu majlis di Masjid Jannatun Naim, Sri Taman di sini pada Khamis.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Presiden LDP, Senator Datuk Chin Su Phin. Hadir sama, Naib Presiden LDP Sabah, Datuk Lim Ming Hoo dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sandakan, Fakaruddin Tan Sri Haji Ampong Puyon.

Dalam ucapannya, Chin berkata pihaknya berharap sumbangan yang diberikan itu dapat membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam bulan Ramadan.

Beliau juga berkata, sumbangan dan pelbagai bentuk bantuan lain akan terus disalurkan dari semasa ke semasa kepada rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Katanya, ia jelas membuktikan kerajaan yang diterajui BN sentiasa prihatin terhadap nasib dan kebajikan golongan akar umbi terutama mereka yang kurang berkemampuan.-AA/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan