Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sumbangan Bantuan Tidak Harus Terbatas Kepada Kaum Tertentu – Syed Abas

syedabbas

TAWAU: Anggota Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali mengingatkan bahawa usaha membantu golongan kurang bernasib baik tidak seharusnya terbatas kepada kaum tertentu sahaja.

Beliau berkata, terdapat juga golongan kurang bernasib baik daripada kaum lain di negeri ini yang perlu dibantu bagi meringankan beban mereka.

“Usaha membantu semua kaum yang kurang bernasib baik adalah perlu dan ia harus dilaksanakan secara berterusan dalam memastikan keperluan mereka ini dapat dipenuhi.

“Oleh itu, kita kena adil dan tidak memilih kaum sekiranyanya memberi bantuan,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada fakir dan miskin di Masjid Kinabutan Kecil, di sini Ahad.

Beliau berkata kerajaan juga akan sentiasa memperjuangkan nasib rakyat dengan menghulurkan pelbagai bantuan kepada mereka yang memerlukan secara berterusan.

Turut hadir, Pemimipin Pembangunan Masyarakat Kawasan Balung, Said Hassan Said Idrus, Pemimpin Kemajuan Masyarakat Kawasan Balung, Gafar Ahmad dan Ketua Anak Negeri Kawasan Balung, Jelson Panglima Awang.

Komen


Berita Berkaitan