Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sultan Selangor Sampaikan Bingkisan Raya Kepada Anggota Kapal KD Lekiu, Bunga Mas 5

mayat MH17

SEMPORNA– Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad berkenan menyampaikan sumbangan bingkisan Aidilfitri kepada pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Kapal KD Lekiu dan Kapal Bunga Mas Lima.

Sumbangan itu disampaikan baginda, yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM, ketika melakukan lawatan ke kedua-dua kapal itu yang beroperasi di kawasan perairan Semporna.

Mengiringi baginda ialah Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Armada Laksamana Madya Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Panglima Wilayah Laut Dua Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohammad Rosland Omar.

Di Kapal KD Lekiu, sumbangan diterima oleh Pegawai Memerintahnya Komander Jamsari Tahir manakala Pegawai Memerintah Kapal Bunga Mas 5 Komander Tajudin Abdul Rahman menerima sumbangan itu bagi pihak Pasukan Simpanan Sukarela (PSS) TLDM.

Kedua-dua aset TLDM itu terlibat dalam operasi penguatkuasaan dan kawalan keselamatan di perairan timur Sabah berikutan ancaman kumpulan bersenjata Filipina .

Kapal Bunga Mas 5 PSS TLDM menyertai operasi itu buat pertama kalinya setelah pengumuman kerajaan menjadikan kapal itu sebagai pangkalan atas air di perairan timur Sabah.

Kapal itu tiba di perairan timur Sabah sejak tiga hari lepas dengan tumpuan kawasan operasi di perairan Semporna.

Komen


Berita Berkaitan