Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sultan Johor Kurnia Kapal Terbang Untuk Pasukan JDT

4:52pm 02/08/2016 Pak Roshan 310 views Mutakhir,Sukan

Kapal-Terbang-JDT-1

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengurniakan sebuah kapal terbang untuk kegunaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers melaporkan, kapal terbang baharu untuk kegunaan pegawai dan pemain kelab tersebut adalah jenis Gulfstream 550.

“Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada kelab JDT yang akan digunakan oleh pegawai kelab dan para pemain.

“Kapal terbang ini akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017,” kata laman Facebook itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Johor Southern Tigers, perkembangan itu menyaksikan JDT muncul pasukan bola sepak pertama di Malaysia mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri.

Pasukan JDT dimiliki oleh anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang dibarisi ramai pemain ternama tempatan dan tanah air. – mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan