Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sultan Johor Guna Plat F1 Untuk Kereta Perdana

f1

PLAT nombor cantik F1 yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah selamat dipasang pada kereta Proton Perdana merah milik Baginda.

Plat yang dimenangi menerusi bidaan RM836,660 itu dipasang sendiri oleh Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor, pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Sultan Johor kemudian merasmikan kenderaannya itu dengan memandu bersama Ahli Lembaga Pengarah Proton Holdings Bhd., Datuk Zainuddin Che Din dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Baginda memandu kenderaan itu dari Istana Pasir Pelangi menuju ke Istana Bukit Serene.

– MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan