Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sultan Johor Berjaya Bida Nombor Plat ‘F1’

image

PUTRAJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, telah memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1 yang menjadi rebutan ramai.

Pemerintah negeri Johor Darul Takzim itu memenangi bidaan tersebut dengan nilai RM836,000.

Nombor plat F2 pula merupakan bidaan kedua tertinggi iaitu dengan nilai RM514,800; F9 (RM414,800) dan F7 (RM396,00).

Bahagian Pelesenen Kenderaan Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan pemenang bidaan bermula pada pukul 3 petang tadi.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya ‘F1’ mampu dijual melebihi RM1 juta.

Menurut bekas Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad, mereka tidak menetapkan sebarang jumlah bidaan tertentu dan ianya terbuka kepada semua.

Pada 19 Mei lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi telah mengumumkan bahawa semua kenderaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor plat pendaftaran yang bermula daripada abjad ‘F’ dan ‘V’.

-MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan