Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,778

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Suku Dumpas Mahu Diiktiraf Sebagai Etnik Utama Di Sabah

7:29pm 29/02/2016 Pak Roshan 4032 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan

dumpas

BELURAN : Persatuan Dumpas Sabah mahu suku kaum itu diiktiraf sebagai etnik utama di negeri ini, kata Presidennya Abdul Wahab Gani.

Beliau berkata suku Dumpas yang kebanyakan tinggal di daerah ini dan Sandakan ketika ini diletakkan sebagai Sub-Etnik di bawah Kadazan, Dusun dan Murut (KDM).

“Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) diminta mempertimbangkan agar suku Dumpas dapat pengikitrafan sebagai etnik utama dan tidak lagi di bawah sub-etnik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis perasmian mesyuarat agung persatuan itu yang disempurnakan oleh Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Kampung Gana Jati, dekat sini Isnin.

Pada majlis itu turut diadakan pembentangan Inventori Suku Kaum Dumpas dan pelancaran Album Etnik Dumpas.

Sementara itu, Kiandee ketika berucap pada majlis itu berkata suku Dumpas mempunyai budaya, pertuturan dan sejarah tersendiri setanding dengan etnik besar yang lain.

Katanya penubuhan persatuan itu bukan sahaja dapat menonjolkan kebudayaan dan keunikan suku Dumpas malah menjadi jambatan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan suku itu sendiri agar lebih disegani di negeri ini.

Beliau berkata persatuan perlu menonjolkan suku mereka dari segi perbezaan dengan suku yang lain dalam usaha menjadikan mereka kumpulan etnik utama di negeri ini.

Sehubungan itu, Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mencadangkan LKNS dan pengkaji etnik di negara ini menjalankan kajian secara terperinci bagi menaik taraf suku Dumpas menjadi kumpulan etnik utama di Sabah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan