Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SUKMA: Sabah Mahu Baiki Kedudukan Pada SUKMA Sarawak

sukmasabah

SANDAKAN: Sabah yang menduduki tangga kesembilan Sukan Malaysia (Sukma) Perlis yang berakhir Rabu malam, menyasar untuk memperbaiki kedudukan sekurang-kurangnya di tangga kelima pada kejohanan seterusnya di Sarawak.

Ini dinyatakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Masiung Banah yang berkata persiapan atlet Sabah akan bermula sebaik sahaja mereka pulang dari Perlis.

“Sabah tidak lagi akan menunggu sehingga enam bulan sebelum bertanding di Sarawak untuk berlatih dan membuat persiapan. Persiapan akan bermula sebaik atlet pulang ke Sabah dari Perlis,” katanya kepada Bernama Khamis.

Selain itu beliau berkata ganjaran dan imbuhan untuk atlet juga mungkin dinaikkan sebagai motivasi untuk atlet Sabah.

“Ganjaran RM3,000 yang diberikan untuk atlet yang berjaya mendapat satu pingat emas dan RM10,000 untuk tiga pingat emas mungkin akan dinaikkan pada masa akan datang. Bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan bersama terlebih dahulu dan bergantung kepada peruntukan krajaan negeri,” katanya.

Bagi memantapkan lagi prestasi atlet Sabah, Masiung berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk melantik jurulatih luar negara bagi beberapa acara. Ini dibuat selepas melihat peningkatan mendadak pasukan sepak takraw wanita yang menyumbang tiga emas pada Sukma Perlis setelah mengambil jurulatih dari Thailand, katanya.

Secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Sabah pada Sukma Perlis setelah mendapat 21 pingat emas, 31 perak dan 44 gangsa.

Komen


Berita Berkaitan