Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SUKEP III mengeratkan hubungan warga LSNS: Tawfiq

KEJOHANAN SUKEP III…. Kakitangan dan pegawai LSNS bergambar kenangan sebelum acara kejohanan SUKEP III bermula. – foto Jimmy Tan / sayangsabah
KEJOHANAN SUKEP III…. Kakitangan dan pegawai LSNS bergambar kenangan sebelum acara kejohanan SUKEP III bermula. – foto Jimmy Tan / sayangsabah

KOTA KINABALU – Kejohanan Sukan Persahabatan, Perpaduan dan Persefahaman ke-3 (SUKEP III) boleh dijadikan sebagai landasan bagi mengeratkan lagi hubungan dan perpaduan di kalangan warga Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS)

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, warga LSNS perlu mengambil peluang sepanjang kejohanan itu berlangsung untuk saling menghormati dan mengenali di antara satu sama lain.

“Kejohanan yang bertemakan ‘Respect’ sesuai dengan konsep Perpaduan, Persahabatan dan Persefahaman (3P) mampu meningkatkan lagi hubungan warga LSNS seterusnya melahirkan warga yang bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan SUKEP III Lembaga Sukan Negeri Sabah 2014 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, di sini hari ini.

Kejohanan yang berlangsung bermula 26 hingga 29 Januari itu menyaksikan lapan pasukan mewakili kakitangan LSNS dari seluruh negeri, bersaing untuk merebut gelaran juara bagi lima acara yang dipertandingkan iaitu Badminton, Bola Tampar, Futsal, Tenpin Boling dan Dart.

Tawfiq juga berkata, penganjuran kejohanan seperti itu juga dapat menggalakkan orang ramai untuk menjadikan aktiviti bersukan sebagai rutin harian mereka.

“Program ini menepati misi kita bersama dalam menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya lagi.

“Kejohanan SUKEP III adalah acara yang sentiasa dinantikan oleh warga LSNS pada setiap tahun. Malah, terdapat kontinjen yang membuka latihan pusat masing-masing sebagai persediaan awal menghadapi kejohanan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar LSNS dapat menambah bilangan acara sukan yang dipertandingkan, selain penganjuran SUKEP III dibuat secara bergilir mengikut zon kawasan di masa hadapan bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur di atas komitmen mereka untuk menjayakan kejohanan berkenaan. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan