Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukau terus nikmati arus pembangunan

ADUN SUKAU.... Saddin semasa ditemuramah wartawan Sayangsabah di Program pembangunan belia 2015 baru-baru ini. - Foto JIMMY TAN / Sayangsabah
ADUN SUKAU…. Saddin semasa ditemuramah wartawan Sayangsabah di Program pembangunan belia 2015 baru-baru ini. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

SUKAU – Selaras dengan arus pembangunan negeri, daerah kecil Sukau turut tidak ketinggalan apabila pelbagai projek kemudahan asas telah disediakan dan sedang dirancang oleh kerajaan negeri bagi memudahkan penduduk di sekitar daerah itu menjalani rutin harian masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berkata antara kemudahan asas utama yang kini dinikmati masyarakat di daerah kecil itu termasuk bekalan air paip bersih ke rumah penduduk.

“Sebelum ini, segelintir penduduk di beberapa  kampung terpaksa membawa gelen ke Sandakan semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih, tetapi hari ini tidak perlu lagi berbuat demikian kerana kemudahan air paip telahpun siap disalurkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sayangsabah ketika ditemui pada Program pembangunan belia 2015 bertempat di Koperasi Pelancongan Mukim Batu Putih di Kampung Mengaris, Kota Kinabatangan di sini baru-baru ini yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Katanya, selain itu beberapa buah projek pembangunan lain juga sedang dalam rancak dilaksanakan termasuk menaiktaraf jalanraya serta pembinaan pekan baru dan jambatan kedua yang menghubungkan Sukau dengan daerah lain.

Sementara itu, beliau berkata, Sukau memiliki banyak tempat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi eko-pelancongan.

“Pelan cadangan mengenai pelancongan itu telah diserahkan kepada Kementerian Pelancongan Sabah untuk dipertimbangkan,” katanya lagi.

Beliau juga turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan membawa arus pembangunan selain membantu menyelesaikan beberapa isu berbangkit di kalangan penduduk khususnya berkaitan pemilikan tanah di sekitar daerah kecil ini.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan