Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukarti: Kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam menangani impak El-Nino

7:08pm 17/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 28 views Berita Pilihan,Global,Isu Semasa,Mutakhir,Nasional,Tempatan
4._Tan_Sri_Sukarti_bin_Wakiman

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman

KOTA KINABALU- Semua pihak haruslah saling bekerjasama bagi menangani impak El-Nino (situasi cuaca panas dan kering ) yang sedang melanda negeri Sabah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman.

Sukarti berkata kerjasama dari semua pihak amat penting agar dapat memastikan fenomena tersebut tidak membawa kesan yang lebih buruk.

“Insiden itu bukan sahaja akan mengakibatkan kemusnahan kediaman dan harta benda, malah kualiti udara yang turut tercemar akibat jerebu yang terhasil boleh menjejaskan kesihatan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Negeri Sabah berikutan impak fenomena El- Nino yang sedang melanda negeri Sabah, baru- baru ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Sukarti menggesa agar semua Presiden Majlis Perbandaran dan Pegawai Daerah ( Pengerusi JPBD ) menggunakan semua aset dan logistik sedia ada bagi menangani bahana kemarau dan sentiasa memantau semua pihak atau penduduk di kawasan masing-masing supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka.

Disamping itu, beliau turut menasihatkan agar penduduk yang tinggal di kawasan kampung dimana mempunyai binaan struktur rumah yang rapat dengan rumah yang lain agar sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa bagi mengelakkan kebakaran.

Selain itu, semua pekebun atau petani dinasihati agar tidak melakukan aktiviti pembersihan kebun atau ladang menggunakan pembakaran dan masyarakat juga diingatkan agar tidak membuang puntung rokok di merata tempat bagi mengelakkan kebakaran semak, belukar dan hutan.

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau insiden berkaitan kesan daripada kemarau ini, sila hubungi terus pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau melalui sekretariat JPBD, iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di daerah masing-masing agar pihak JPBD dapat menangani situasi tersebut secepat yang mungkin, katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan