Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukarelawan Johor bantu mangsa bencana alam di Ranau

Alex (tengah) menyampaikan sumbangan tangki air kepada wakil penduduk  yang disumbangkan oleh sukarelawan Muar, Johor.
Alex (tengah) menyampaikan sumbangan tangki air kepada wakil penduduk yang disumbangkan oleh sukarelawan Muar, Johor.

TAWAU – Sukarelawan Darul Ta’zim Muar, Johor mengambil inisiatif mengadakan persembahan akustik ‘Acoustic Music For Sabah’ bagi mengumpul dana membantu mangsa gempa bumi dan banjir lumpur di Ranau.

Pemimpin Sukarelawan Belia Malaysia (Mycorps) Alex Dennis berkata, persembahan muzik akustik yang dibuat itu telah diadakan di beberapa tempat di Muar, Johor untuk disumbangkan kepada mangsa.

“Kita yakin projek sebegini dapat memainkan peranan penting dalam melakukan kerja-kerja sukarelawan untuk membantu mangsa gempa bumi dan banjir lumpur,” katanya.

Katanya, semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat musibah yang berlaku di Ranau.

Jelas Alex lagi, projek yang dilaksanakan ialah projek tadahan air dengan membekalkan tangki air di beberapa buah kampung di daerah Ranau. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan