Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sukarelawan belum boleh ke Gaza

gaza

KAHERAH – MESIR . Duta Besar Republik Indonesia ke Mesir, mengeluarkan arahan bahawa sukarelawan masih belum dibenarkan ke Gaza kerana keadaan masih tegang, lapor AntaraNews.

Nurfaizi Suwandi berkata, ketika ini pos keselamatan di sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Gaza, ditutup oleh pihak berkuasa Mesir bagi mengelakkan rakyat negara itu memasuki Gaza.

“Segala bantuan sebaiknya disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Mesir atau Duta Besar Palestin di Jakarta untuk masuk ke Gaza.

Mereka perlu dapat kebenaran dari Kementerian Luar Mesir,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa Mesir hanya mengizinkan penduduk Gaza memasuki negara itu jika memerlukan rawatan susulan di hospital.

Komen


Berita Berkaitan