Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sukarelawan Baik Pulih Rumah Lapan Anak Yatim Piatu Di Kampung Segaliud

11:44am 26/07/2016 Pak Roshan 272 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan
sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

SANDAKAN : Lapan adik beradik anak yatim piatu kini dapat tinggal di rumah yang selesa selepas rumah usang yang mereka diami selama ini di Kampung Segaliud dibaik pulih oleh sukarelawan di bawah Program Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan.

Program itu yang dilaksanakan pada Ahad lepas membabitkan sukarelawan dari Kelab Pacuan Empat Roda Sepilok dan Stesen Radio Amatur Sandakan.

Setiausaha kelab itu Affindy Kalong berkata program itu merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membantu meringankan beban lapan adik-beradik yatim piatu yang sebelum ini tinggal di sebuah rumah usang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya sukarelawan menggantikan bumbung, dinding dalam dan luar rumah, pintu dan lantai rumah.

liau berkata mereka turut menyumbang barang makanan serta keperluan kepada lapan adik-beradik itu serta bantuan berbentuk kewangan.

Affindy berkata selain aktiviti pacuan empat roda, kelab itu menggalakkan anggotanya terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan khususnya membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Katanya program itu dapat memberi peluang dan ruang kepada belia iaitu kalangan anggota kelab berkenaan untuk memberikan khidmat dan sumbangan secara sukarela untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

— BERNAMA

sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

sumber foto : cikguharthono.blogspot.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan